28/02/2013

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU


Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria berikut :-
  1. Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
  2. Menjimatkan tenaga dan sumber asli;
  3. Menggalakkan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui.


No comments: