15/11/2013

Program Hijaukan Bumiku Alor Gajah

PROGRAM HIJAUKAN BUMIKU ALOR GAJAH SEMPENA FESTIVAL JEMPUTAN SUNGAI MELAKA 2013 yang telah diadakan pada 7 September 2013 yang lalu merupakan aktiviti penanaman pokok rhu pantai serta program gotong-royong yang melibatkan beberapa agensi kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk  Ar Hj. Ismail Bin Hj. Othman selaku ADUN kawasan Kuala Linggi yang juga merangkap Pengerusi Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka. Beliau menggantikan YAB Ketua Menteri Melaka yang tidak dapat hadir kerana mempunyai ketentuan yang tidak dapat dielakkan.
Objektif utama program ini adalah bagi menyemai semangat dan cintakan alam semulajadi khususnya penduduk sekitar kawasan Alor Gajah. Selain itu, untuk memberi kesedaran tentang kitaran ekosistem dalam kehidupan harian bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di dalam persekitaran akibat pemanasan global.
Seramai 230 orang peserta telah menjayakan program pada kali ini

Yang Berhormat Datuk  Ar Hj. Ismail Bin Hj. Othman selaku ADUN kawasan Kuala Linggi 

 YB ADUN Bersama YDP MPAG Datuk Abu Bakar Bin Abdul




No comments: