15/11/2013

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) MPAG

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah salah satu daripada “Best Management Practise (BMP)” yang diamalkan di Malaysia dan dengan itu majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) turut menggunakan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) sebagai perintis kepada Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Pembinaan SPAH di MPAG melibatkan kos sebanyak RM 10,000.00 dimana terdapat 2 tangki air yang mampu menyimpan air hujan sebanyak 4,546 liter, sistem perpaipan (air larian permukaan bumbung) dan pam bagi mengepam air tadahan tersebut.

Aliran air larian permukaan (air hujan) akan disalirkan ke tangki dan ditapis bagi mengasingkan segala benda asing. Cara penggunaannya pam akan dihidupkan secara automatik apabila pili dibuka. Sekiranya tiada hujan, sistem ini juga boleh menggunakan air paip secara terus. Dengan adanya sistem ini MPAG dapat menjimatkan penggunaan air bersih dan mengurangkan bil air.






No comments: