05/12/2013

Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013


Isnin 19 November 2013:

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dianugerahkan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau menerusi penyediaan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013.

Yang
Dipertua MPAG, Datuk Abu Bakar Abdul menyatakan bahawa anugerah itu diperoleh menerusi Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau yang memfokuskan kepada perancangan di peringkat paling kecil dalam hirarki bandar iaitu kejiranan.


Beliau juga berkata bahawa garis panduan ini bertujuan untuk memelihara alam sekitarmengurangkan kesan tapak ekologi dan pelepasan karbonmeningkatkan kesihatan awammewujudkan keselamatan sejagat serta kebajikan komuniti sedia ada.Anugerah dan sijil penghargaan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar,  Perumahan dan Kerajaan TempatanDatuk Seri Arpah Abdul Razak kepada  Yang Dipertua MPAG.


No comments: