26/06/2015

Anugerah International Green Apple Award 2014



Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah menerima anugerah antarabangsa teknologi hijau iaitu Anugerah International Green Apple Awards For Environmental Best Practice And Sustainable Development  2014 menerusi The Green Organisation yang berpusat di London, United Kingdom.

Penyerahan anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Michael Cooke, pengerusi panel penilaian pertandingan kepada Yang Dipertua MPAG, Datuk Haji Murad Bin Haji Husin di The House Of Commons, London, United Kingdom.




MPAG mempertaruhkan projek Alor Gajah Municipal Council Green Technology Initiative yang meliputi keseluruhan pembangunan dan inisiatif teknologi hijau di pelbagai peringkat lapisan masyarakat dan sektor-sektor utama di kawasan pentadbiran MPAG.








No comments: