TAHUKAH ANDA?

1. Laraskan suhu penghawa dingin anda antara 24'C - 26'C

Ini kerana jika anda laraskan suhu lebih rendah (16'C - 23'C) daripada yang dicadangkan, akan menyebabkan kompresor penghawa dingin beroperasi lebih kerap untuk memastikan suhu bilik kekal rendah.
Semakin rendah suhu dilaraskan semakin tinggi jumlah tenaga elektrik diperlukan untuk kompresor penghawa dingin bertindak bagi menyejukkan udara.




2. Gunakan lampu penjimat tenaga

• Cara ini mudah iaitu dengan memastikan kuasa lampu rumah anda yang dipasang bersesuaian dengan saiz ruang. Apa guna menggunakan lampu berkuasa tinggi untuk ruang yang kecil. Kuasa lampu ditentukan melalui Watt (W).
Jika anda ke kedai cuba perhatikan pada kotak lampu tersebut akan tertera 60w, 40w, 23w ,18w sehinggalah 5w. Semakin rendah Watt semakin kurang tenaga digunakan. Selain itu, jenis lampu seperti LED juga main peranan dalam penjimatan tenaga di rumah.




                                  3. Kitar semula


• Mungkin pelik, mengapa kitar semula boleh menjimatkan tenaga. Ini kerana kitar semula mampu meminimumkan penggunaan sumber tenaga yang diperuntukkan untuk membersihkan sampah sarap yang kita buang.
Seperti pada kebiasaannya penghuni tidak mengambil inisiatif untuk mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula ke dalam bekas khas. Tenaga buruh dan mesin diperlukan bagi mengasing dan menapis sampah yang boleh dikitar semula.

Selain itu ada juga sewenang-wenang membuang ke sungai dan ini menyebabkan peningkatan tenaga untuk membersihkan air sungai daripada terus tercemar.






No comments: